What a game!! Itulah boleh (penulis) gambarkan mengenai corak permainan HSS. Kemenangan terbesar di gelangang lawan untuk musim 2011/2012
Penuh dengan kesenian dan penuh dengan tab passing, jelas perlawanan menentang OPUS ini adalah milik HSS dimana gol pertama muncul pada awal perlawanan dari keadaan kelam-kabut didepan pintu gol OPUS akhirnya menghasilkan gol sendiri. Sedikit perubahan dilakukan pada awal perlawanan apabila penyerang berpengalaman, Amir dimasukkan sebelum digantikan dengan Kangka. Namun Kangka tidak menunggu lama hasil daripada hantaran "assist" Kavhn beliau berjaya menghasilkan gol yang kedua.
Bukan hendak memuji pasukan kebanggaan kita aksi separuh masa pertama pada perlawanan kali ini, tetapi sememangnya jelas menampakkan perubahan yang amat drastik yang diperlihatkan oleh barisan pemain yang diturunkan hari ini, dengan hantaran pendek kedepan dan kebelakang jelas sekali mengelirukan pemain OPUS.
Pada separuh masa pertama ini juga menunjukkan bagaimana bergunanya barisan "Duo" Midfielder iaitu Shazwan dan Bard dibantu oleh Firdaus dan Bala serta dibarisan serangan Kavhn dan Kangka yang menggantikan Amir yang seperti kita semua nampak dan lihat sememangnya sentiasa konsisten apabila dia berada di dalam padang.
Semua serangan daripada OPUS berjaya dipatahkan oleh aksi terrific interplay diantara Gana, Mohan, Shafiq dan Ashraf amat jelas menunjukkan keserasian sudah sebati untuk semua pemain. Di bantu dengan kecekapan penjaga gol, Faizal yang berjaya menyelamatkan percubaan yang merbahaya.
Minit-minit terakhir separuh masa pertama HSS berjaya menjarakkan kedudukan kepada 3-0. Gol hasil daripada tendangan penalti, yang berjaya di sempurnakan oleh Bard apabila "duo" serangan kita Kangka dan Kavhn dikasari dalam kotak penalti.
Manakala pada aksi separuh masa kedua, pemain-pemain HSS memperlahankan rentak. Untuk mengatur balik formasi permainan, Ismail, A. Rahman dan Rahman masuk menggantikkan Firdaus, Kavhn dan Kangka. Ternyata percaturan takiikal ini berhasil. Walaupun permulaan tempoh permainan agak perlahanan, namun begitu tidak menghalang HSS untuk menambah jaringan melalui percubaan jaruk jauh Shazwan. Sejurus selapas itu, “Man Of The Match” Shazwan menambah kegembiraan kita semua apabila menghasilkan hatrik bagi menjarakkan kedudukan kepada 6-0.
Faizal berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos pada perlawanan ini. Dan diharapkan semasa menentang MEX @ MAJU, prestasi cermerlang seperti semasa menentang OPUS dapat dikekalkan


