Kita akan bertandang ke Stadium Mini Persada PLUS, Jumaat ini bagi bertemu pasukan daripada PLUS untuk perlawanan persahabatan paling mencabar tahun ini.
Dalam perlawanan di Mini Stadium Bandar Seri Permaisuri yang lepas, kita telah berjaya mengalahkan OPUS dengan jaringan 3-0, hasil jaringan Shazwan, Bad dan Kavhn. Apabila sudah sampai ke peringkat ini, harapnya kita akan terus memberi saingan untuk mengembalikan kegemilangan pasukan kita
Memandangkan moral pemain masih berada ditahap yang tertinggi setelah baru sahaja menewaskan OPUS tidak sampai 2 minggu yang lalu, berkemungkinan besar kita akan mengekalkan kesebelasan utama. Tetapi semua ini bergantung kepada tahap kecergasan pemain.
Apa yang pasti, kita mahu memberikan yang terbaik untuk menaikkan imej pasukan kita, marilah kita sama-sama mengharapkannya. Harus dingat, PLUS pasti akan lebih bersedia setelah mengetahui kita telah berjaya menewaskan OPUS dan perlawanan ini bukan sesuatu yang mudah buat kita.
Sesiapapun yang diturunkan, harapnya dapat memberikan kita senyuman . Marilah kita bersama-sama memberi sokongan buat skuad HSS ini. Tidak kira menang atau tewas, kita tetap akan terus bersama. We will do it again.

No comments:
Post a Comment