Monday, 19 December 2011

Post Reviu: PLUS 4 - 1 HSS

Kita tewas di Persada PLUS 1-4, satu kekalahan yang mungkin layak diratapi oleh kita semua.

Barisan Pemain PLUS & HSS
Menerima hakikat bahawa semua pemain keletihan dan menunjukkan aksi yang kurang bertenaga dan belum bersedia lagi pada permulaan permainan. Dengan hantaran yang selalu tersangkut dan dipintas oleh pihak lawan ini menujukkan betapa jauhnya  Pasukan yang kita cintai ini belum mencapai tahap yang sepatutnya.

Saya juga tidak pasti kenapa dan mungkin juga disebabkan oleh faktor padang. Barisan pertahanan yang sebelum ini kental mengekang asakan seperti perlawanan sebelumnya juga dilihat kurang persefahaman. Perangkap offsaid yang dirancang juga dilihat kurang menjadi. Tiada sokongan daripada pihak hadapan juga merupakan faktor yang menyumbang kepada jaringan bolos yang agak banyak ini.

Bard
Walaubagaimanapun pasukan kita terlebih dahulu mengegarkan pihak lawan, 3 kali hasil percubaan kita mengenai palang gol, masing-masing daripada Bard, Kangka dan Firdaus. Namun dua gol awal yang dihasilkan oleh PLUS pada awal permainan cukup untuk menyentap semangat kita yang berhasrat untuk mendapat gol awal bagi meneruskan momentum kemenangan.

Menambahkan duka kita, 2 gol lagi dihasilkan oleh PLUS bagi menjarakkan kedudukan kepada 4-0.
Permainan hambar pada permulaan perlawan akhirnya berjaya ditebus oleh barisan pemain HSS. Di tambah dengan kemasukan Kapten, Syazwan memantapkan lagi barisan serangan kita. Hantaran-hantaran semakin tersusun dan banyak serangan pantas ditujukan kepada pihak lawan. Akhirnya Bard berjaya menghasilkan gol dari percubaan jarak jauh yang cukup bertenaga dan tidak dapat dibaca oleh penjaga gol PLUS.

Syazwan
Namun kebangkitan pada penghujung permainan gagal memadamkan defisit gol yang agak tinggi. Kebanyakan serangan bertali arus oleh pasukan HSS berjaya dipatahkan oleh pertahanan lawan.   

Pada pendapat saya(penulis), perlawanan ini bukanlah salah semuanya diletakkan kepada faktor keletihan dan lambat panas. Cuma yang saya nampak adalah kelemahan mentaliti pemain yang begitu ampuh yang tenggelam disebalik permainan yang tersusun dari pasukan PLUS.

Disebabkan inilah pada perlawanan akan datang kita memerlukan seorang pemimpin di dalam padang yang akan memberikan motivasi kepada rakan sepasukan dan juga mempunyai perwatakan yang mampu membimbing serta menjadi tulang belakang kepada pasukan. Suara pekikkan dan dorongan daripada mereka mampu memberikan motivasi dikala kita ketinggallan. 

No comments:

Post a Comment